Monday, December 28, 2009

Malaysia merupakan sesbuah Negara yang menjadi tumpuan utama untuk dikunjungi oleh pekerja asing pada masa ini. Kemakmuran dan kedamaian hidup masyarakat di Negara ini dianggap sebagai faktor penarik untuk warga asing terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina berkunjung di sini. Mereka bukan sahaja datang untuk melancong, tetapi mereka juga niat bekerja sebagi buruh kasar di negara ini.

Malaysia adalah sesebuah Negara yang aman damai tanpa tragedi pembunuhan dan malapetaka yang mencemarkan kehidupan seperti yang berlaku di sesetengah Negara. Keadaan ini menimbulakan minat di kalangan warga asing untuk berkunjung ke Negara ini kerana yakin akan keselamatan diri mereka di sini. Mereka juga bebas untuk dating dan pulang ke Negara asalpada bila-bila masa.

Terdapat banyak peluang pekerjaan di Negara ini. Kebanyakan warga asing yang berkunjung ke Negara ini dalam sector pembinaan, perladangan, perindustrian dan sebagai pembantu rumah. Sektor tersebut menyediakan banyak peluang pekerjaan walaupun bergaji murah. Namun demikian pendapatan yang diperoleh itu sudah cukup untuk meredakan sesuap nasi..

Upah yang diterima oleh warga asing yang datang ke Malaysia dianggap tinggi kerana nilai mata wang mereka adalah jauh lebih rendah daripada nilai ringgit Malaysia. Pertukaran mata wang asing ini akan menyebabkab mereka hidup mewah apabila pulnag ke Negara asal. Oleh mereka tidak menghadapi masalah untuk menabung dan seterusnya menyara keluarga mereka di Negara asal.

Selain itu, kerajaan juga menggalakkan pengambilan buruh asing dalam memajukan ekonomi Negara. Kemajuan dalam bidang infrastruktur berkembang dengan lebih pesat berikutan sikap buruh asing ini yang sanggup bekarja lebih masa untuk mendapatkan rezeki mereka.Selain itu, kerajan turut mengeluarkan permit kepada buruh asing yang ingin bekerja di Negara ini.

Kekayan hasil bumi Malaysia sebenarnya sangat penting dalam menarik minat kedatangan buruh asing sehingga ada antara mereka yang tidak mahu pulang ke tanah air yang tercinta mereka. Sebagai rakyat Malaysia , kita seharusnya bersyukur dengan nikmat kekayaan hasil bumi yang dianugerahkan kepada kita selama ini.Warga asing dijangkakan aknan terus membanjiri pada masa akan datang sekiranya dasar kerajaan terhadap kebanjiran warga asing ke Negara ini tidak berubah.